Loading...
Judul : Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit
link : Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit
Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit
KUALA LUMPUR: PAS kesal apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan melantik Tan Kok Wai sebagai Duta Khas ke China.
Pada era kerajaan lalu (BN), pembangkang mengkritik tindakan kerajaan BN melantik Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri iaitu Tun Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Tan Sri Ong Ka Ting (China) dan Datuk Seri Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).
Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, rakyat dimaklumkan kerajaan PH tidak mampu laksanakan janji 100 hari dan pembatalan pelbagai projek yang memberi impak besar kepada kepentingan rakyat disebabkan ketiadaan kewangan.
“Namun, dalam ketiadaan wang untuk rakyat, pelbagai tindakan kerajaan PH seperti mengadakan semula Formula 1, Kereta Nasional dan kini perlantikan Duta Khas ke China menyebabkan rakyat terasa dipermainkan.
“Jangan ulangi kesilapan BN yang suka memutarbelit fakta dan menipu rakyat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit
Sekianlah artikel Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tuan-ibrahim-kerajaan-pakatan-harapan.html

0 Response to "Tuan Ibrahim: Kerajaan Pakatan Harapan Janganlah Putar Belit"
Catat Ulasan