Loading...

Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN

Loading...
Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN
link : Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN

Baca juga


Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghadapi masalah pengurusan pangkalan data dan model pinjaman gagal dari segi kewangan, kata Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan.

Dua bulan selepas pelantikannya, Wan Saiful memberitahu bahawa kakitangannya masih bergelut dengan penemuan mengejutkan berkaitan salah urus dan hutang RM38 bilion, di mana kerajaan terdahulu seolah-olah “tidak berminat kutip” daripada peminjam.

“Tiada pangkalan data peminjam terkini, bermakna kami tidak dapat mengesan semua peminjam. Inilah ketidakcekapan orang yang dilantik Umno,” kata bekas ketua badan pemikir yang dilantik sebagai Pegawai Khas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik baru-baru ini.

Isu pembayaran balik pinjaman pendidikan di bawah PTPTN antara 10 janji Pakatan Harapan (PH) dalam 100 hari pentadbirannya.

Gabungan itu berjanji membenarkan peminjam menangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga gaji mereka mencecah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan serta membatalkan sekatan ke luar negara bagi ribuan peminjam.

Wan Saiful berkata, mudah untuk mengeluarkan peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, tetapi keadaan sebaliknya bagi proses mengenal pasti peminjam yang layak mendapat penangguhan bayaran balik pinjaman.

“Mereka langsung tidak peduli mengekalkan pangkalan data boleh dipercayai. Ini bermakna kami tidak tahu pendapatan peminjam.

“Apabila data ini hilang, bagaimana saya menentukan peminjam mana yang boleh mendapat penangguhan dan siapa pula yang patut meneruskan bayaran pinjaman? Jadi, saya perlu kumpul data terlebih dahulu.”

Langkah itu berakhir 25 Julai lalu, selepas peminjam diberi sembilan hari untuk mengemaskini maklumat pendapatan terkini mereka.

Tetapi, katanya, tugas mengesahkan maklumat itu amat sukar kerana sesetengah agensi berkaitan kerajaan tidak tampil membantu PTPTN, mungkin disebabkan undang-undang privasi.

Beliau berkata, pengurusan terdahulu juga gagal menjalin kerjasama dengan agensi penting.

“Apabila peminjam mendakwa mereka memperoleh pendapatan tertentu, saya perlu mengesahkan dakwaan itu.”

Wan Saiful berkata, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersetuju memberi maklumat percukaian, tetapi dua lagi agensi enggan membantu – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Akauntan Negara.

“Saya masih merayu kepada dua agensi ini kerana mereka boleh menyebabkan kami gagal menunaikan janji dengan tidak memberikan kerjasama. Jika pentadbiran terdahulu melakukan sesuatu untuk memecahkan halangan itu, kami tidak perlu mula dari awal.”

‘Sekatan perjalanan tidak adil’

Ditanya jika pembatalan sekatan perjalanan bermakna pihak berkuasa tidak tegas dengan peminjam ingkar, Wan Saiful yang pernah mengetuai Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata, langkah itu lebih kepada hak asasi manusia.

“Kita perlu mempunyai alasan sangat kukuh untuk menafikan kebebasan pergerakan seseorang, iaitu hak asasi manusia.

“Kita tidak boleh melayan seorang pelajar yang meminjam RM20,000 untuk belajar, sama seperti cara kita melayan seseorang yang menipu RM2.6 bilion demi keuntungan peribadi. Oleh itu, saya membatalkan sekatan perjalanan.”

Bagaimanapun, katanya, PTPTN tidak mempunyai model perniagaan kerana kadar pinjaman dana itu ialah 3% hingga 4.5%, “tetapi kami pinjam pada kadar 1%”.

“Ini bermakna kami memberi subsidi untuk semua pinjaman – ini tidak dapat diterima langsung,” katanya sambil menambah ia tidak mengejutkan kerana PTPTN sudah lama dianggap “alat politik” Umno.

Wan Saiful bagaimanapun berkata, niat di sebalik PTPTN adalah baik.

“Tetapi, selepas bertahun-tahun, tindakan Umno mempolitikkan pendidikan menyebabkan PTPTN dianggap alat politik berbanding cara untuk memastikan kesaksamaan pendidikan. Ini menyebabkan pengabaian keseluruhan model perniagaan PTPTN.”

Wan Saiful dan kakitangannya mempunyai banyak tugas dan masalah yang perlu diselesaikan, walaupun tekanan 100 hari pentadbiran kerajaan baru akan berkurangan dalam masa beberapa minggu dan bulan lagi.

“Saya komited membantu mengurangkan beban ditanggung peminjam. Pasukan kami sedang bertungkus lumus mencari jalan melakukannya walaupun berdepan kelemahan (ditinggalkan pengurusan terdahulu) dan halangan.” #sumber


Demikianlah Artikel Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN

Sekianlah artikel Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/tugas-besar-wan-saiful-selepas-penemuan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tugas Besar Wan Saiful Selepas Penemuan Mengejut Di PTPTN"

Catat Ulasan

Loading...