Loading...

Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !

Loading...
Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !
link : Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !

Baca juga


Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menentukan sama ada bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli boleh bertanding pada pemilihan parti berikutan kes mahkamah dihadapinya sebelum ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Terpulang kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ikut cara mana tentukan sama ada PKR dibatal pendaftaran atau tidak. Ini kerana Rafizi sepatutnya tidak mempunyai apa-apa sabitan, beliau tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding.

“Daripada segi parti tiada masalah untuk Rafizi bertanding…,” kata Timbalan Perdana Menteri itu ringkas sewaktu ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar The Sun yang mendakwa PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS kerana membenarkan Rafizi bertanding.
Ini kerana undang-undang parti tidak membenarkan mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bertanding pada pemilihan parti.
Menurut laporan itu, Rafizi juga mendakwa beliau diberi kebenaran khas oleh RoS untuk bertanding.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman ketika ditemui berkata beliau masih menunggu maklumat balas daripada RoS berhubung kedudukan Rafizi sebelum memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Seramai 800,000 anggota PKR akan mengundi pada pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan.
Jawatan Timbalan Presiden PKR bakal menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Rafizi.



Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas. #sumber


Demikianlah Artikel Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !

Sekianlah artikel Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/wan-azizah-jpp-tentukan-rafizi-layak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !"

Catat Ulasan

Loading...