Loading...
Judul : Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !
link : Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !
Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !
Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi.
Katanya, Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan itu diiktiraf bagi memudahkan mereka mendapat pembelaan dan memperjuangkan hak mereka yang didakwa sebagai hak kebebasan manusia.
“LGBT ialah satu kumpulan yang membentuk satu badan bebas di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan golongan yang mengalami kecelaruan gender.
“Kumpulan ini telah mencabar kedaulatan undang-undang negara dan Islam sebagai agama persekutuan seperti mahu memansuhkan pengharaman liwat dan seks songsang,” katanya selepas menghadiri program Sukarelawan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Islam dan Parti Politik Solidariti Tolak LGBT di Dewan UMNO Temerloh hari ini.
“Usaha ini dilihat semakin berhasil apabila suara dan permintaan mereka mendapat perhatian dan layanan atas dasar menyantuni golongan transgender…pengiktirafan ini bermakna menggalakkan ia berkembang dan tidak mustahil mereka akan menuntut perkara lain selepas ini.”
Siti Hajar berkata, Wanita UMNO tidak mendiskriminasikan golongan LGBT dan masih menghormati mereka, namun ada perkara yang tidak boleh dihalalkan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang juga ahli Parlimen Temerloh, dan program sehari itu disertai 500 sukarelawan dari seluruh Pahang. #sumber
Demikianlah Artikel Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !
Sekianlah artikel Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/wanita-umno-pahang-cadang-wujud-pusat.html
0 Response to "Wanita UMNO Pahang Cadang Wujud Pusat Pemulihan LGBT !"
Catat Ulasan