Loading...

Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST

Loading...
Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST
link : Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST

Baca juga


Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST


KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merupakan sistem cukai yang kurang membebankan rakyat pada masa yang sama boleh membawa hasil kepada negara berbanding GST kata Ahli Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh.

“Walaupun pendapatan dalam bentuk hasil cukai adalah jauh lebih rendah berbanding era GST, namun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang baik untuk memikirkan rakyat terlebih dahulu dan bukan memikirkan keselesaan pemerintah sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang GST dan pemansuhan GST di Parlimen baru-baru ini.

Menurutnya, pengenalan RUU Cukai Perkhidmatan 2018 dan RUU Cukai Jualan 2018 ini merupakan  manifestasi pelaksanaan janji-janji Buku HARAPAN.

“Kita sekian maklum bahawa sejak pelaksaan GST pada bulan April 2015, kehidupan rakyat telah menjadi begitu susah, dan beban hidup rakyat telah bertambah berat.

“Apabila Kerajaan membuat keputusan untuk menghapuskan GST yang membawa anggaran hasil cukai sebanyak RM44 billion setahun, sudah tentunya kita memerlukan satu hasil alternatif, dan SST sudah tentu harus dikembalikan,” jelas beliau.

Menjawab dakwaan yang sering ditimbulkan pembangkang kononnya SST akan lebih membebankan, Kah Woh berkata cukai GST bukan sahaja mengenakan cukai ke atas mereka yang berkemampuan tetapi juga golongan berpendapatan rendah.

“Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan YB Menteri Kewangan (bahawa) 60% daripada Barang-Barangan dalam Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index Basket) terlibat dalam GST, manakala hanya 38 peratus sahaja terlibat dalam SST,” ujarnya.

Ketua DAPSY Kebangsaan itu juga turut merujuk kepada kenyataan KPMG Tax Services Sdn Bhd pada Jun lalu bahawa SST kurang membebankan pengguna.

Selain itu katanya, melalui sistem SST, peniaga tidak perlu memfailkan apa-apa tuntutan pemulangan cukai, yang bermaksud bahawa pembayaran SST kepada kerajaan adalah muktamad.

“Dalam perkara ini, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) dalam paparan Policy Brief pada bulan Jun 2018 menyatakan bahawa perkara itu akan meningkatkan working capital bagi firma-firma, khasnya industry kecil dan sederhana sekaligus memudahkan perniagaan mereka,” katanya lagi. #sumber


Demikianlah Artikel Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST

Sekianlah artikel Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/08/wong-kah-woh-cukai-sst-tidaklah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wong Kah Woh: Cukai SST Tidaklah Membebankan Seperti GST"

Catat Ulasan

Loading...