Loading...
Judul : Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat
link : Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat
Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah bersedia untuk kembali berkhidmat dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat setelah empat tahun ‘berehat’ daripada politik.
“Saya ‘cuti’ di Sungai Buloh pun sudah lama...sudah empat tahun. Inilah masanya saya keluar berjuang bersama-sama dengan rakan-rakan saya dalam PH.
“Saya Anwar Ibrahim masih kuat, saya masih boleh lawan sekarang, bukan kerja senang tukar kerajaan 61 tahun, namun saya akan bersama anda semua,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Poh Tong sempena Festival Hantu Lapar di Balakong dekat sini, hari ini.
Turut hadir calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, Wong Siew Ki dan Setiausaha DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah merangkap Pengarah Pilihan Raya PH DUN Balakong.
Anwar turut menyeru kepada penduduk Balakong supaya keluar mengundi pada Sabtu ini bagi memberi mandat kepada PH.
“Ramai rakan-rakan saya berada dalam Kabinet sekarang, mereka sedang bekerja keras untuk membanteras rasuah dan menyelesaikan masalah-masalah terdahulu.
“Berilah mereka peluang bekerja keras kepada anda (rakyat), berilah peluang kepada calon muda kami pada Sabtu ini untuk membawa perubahan kepada anda semua,” katanya.
Anwar meluangkan masa kira-kira 15 minit pada majlis itu sebelum bergegas ke majlis kempen di PRK DUN Seri Setia.
PRK Balakong dan PRK Seri Setia, masing-masing menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon PH Wong Siew Ki berdepan calon MCA Tan Chee Teong di Balakong, manakala calon PH Halimey Abu Bakar akan bertembung dengan calon PAS Dr Halimah Ali di PRK Seri Setia.
PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lepas, manakala PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus.
Kedua-dua kawasan itu sebelum ini masing-masing dimenangi Ng daripada DAP (Balakong) dan Dr Shaharuddin daripada PKR (Seri Setia).
DUN Balakong dan DUN Seri Setia, masing-masing mempunyai keseluruhan 62,219 dan 52,650 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada PRK, Sabtu ini. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat
Sekianlah artikel Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/anwar-sedia-untuk-kembali-berkhidmat_7.html
0 Response to "Anwar Sedia Untuk Kembali Berkhidmat Kepada PH Dan Rakyat"
Catat Ulasan