Loading...

Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !

Loading...
Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !
link : Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !

Baca juga


Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !


KUALA LUMPUR - Dakwaan ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa pimpinan yang bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali telah berusaha untuk menyekat pembentukan PH dan menamakan Tun Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri adalah mengelirukan.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, kenyataan tersebut adalah tidak tepat dan ianya sengaja diadakan.

“Saya terkilan apabila Nik Nazmi memilih untuk membuat kenyataan terbuka mengenai hal dalaman parti, sehinggakan saya merasa terpanggil untuk mengemukakan respon agar kebenaran dapat ditegakkan.

“Dakwaan beliau itu adalah mengelirukan, tidak tepat dan dengan sengaja mengeluarkan fakta-fakta penting berkaitan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Afif berkata, adalah tidak benar untuk mendakwa bahawa Azmin dan majoriti anggota Majlis Pimpinan Pusat parti itu berhasrat menyekat pembentukan PH.

“Hakikat sebenar, mereka hanya menuntut agar satu perbincangan yang lebih luas dengan pimpinan lain dan NGO sebelum membentuk sebarang pakatan politik baru yang dinamakan PH.

“Ini kerana keputusan yang dibuat tidak dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mendakwa Nik Nazmi gagal menyatakan bahawa pandangan itu juga dikongsi sama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

”Di dalam nota yang dibawa keluar oleh peguam Anwar Ibrahim iaitu N. Surendran dan Latheefa Koya dari penjara, Anwar Ibrahim telah memohon kepimpinan parti untuk tidak tergesa-gesa mengumumkan pembentukan pakatan baru supaya ia mennjadi lebih inklusif dengan rundingan daripada semua parti, termasuk NGO dan personaliti masyarakat sivil.

”Ia bukanlah untuk menyekat PH, tetapi agar satu keputusan bersama dapat dilakukan dan membentuk satu pakatan pembangkang yang kuat untuk berhadapan dengan BN,” katanya.

Katanya, Nik Nazmi seharusnya mendapatkan fakta beliau dengan tepat sebelum mengelirukan orang awam mengenai perkara ini.

“Dakwaan Nik Nazmi bahawa Azmin dan pimpinan parti telah cuba untuk mengagalkan usaha bagi menamakan Tun Mahathir sebagai perdana menteri juga adalah tidak benar.

“Adalah tidak patut untuk mana-mana pimpinan menggunakan serangan peribadi di dalam persaingan pemilihan parti ini seperti mana yang berulangkali dilakukan terhadap Azmin Ali oleh segelintir calon-calon pemilihan ini,” katanya.#sumber


Demikianlah Artikel Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !

Sekianlah artikel Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/azmin-sekat-penubuhan-ph-dakwaan-nik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin Sekat Penubuhan PH, Dakwaan Nik Nazmi Mengelirukan !"

Catat Ulasan

Loading...