Loading...

Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !

Loading...
Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !
link : Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !

Baca juga


Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !


KUANTAN - Seorang bakal doktor memberikan hidup baharu kepada guru sekolah rendahnya apabila mendermakan sebahagian daripada hatinya demi menyelamatkan nyawa guru wanita terbabit.

Chen Ze Rong, 25, merupakan lepasan jurusan perubatan yang mendermakan 67 peratus daripada hatinya kepada Liang Feng Pin iaitu bekas gurunya di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kong Min di Kuantan.

Liang merupakan guru sains bakal doktor itu dan anak tunggal perempuannya, Zheng Zi Jing juga rakan sekelas Chen ketika mereka di Tahun Lima.

Selepas mengetahui Liang mempunyai masalah hati dan memerlukan pembedahan pemindahan dilakukan, Chen menawarkan hatinya tanpa ragu-ragu.

Pembedahan tersebut dijalankan di Singapura dan kedua-dua mereka sedang menjalani rawatan susulan di hospital.


Liang Feng Pin dan anak perempuan tunggalnya, Zheng Zi Jing.
Yayasan Perubatan Nanyang Siang Pau dalam satu posting Facebook mengeluarkan kenyataan, Chen kini menderita penyakit kuning, tapi menambah keadaannya akan bertambah baik apabila hatinya semakin pulih.

"Chen bernafas dengan sendiri dan boleh duduk tapi masih dalam keadaan sakit.

"Dia mungkin boleh keluar hospital dalam masa seminggu.

"Ujian darah menunjukkan hati Chen berfungsi dalam badan Liang dan tiada tanda penolakan," katanya.

Liang kini menjalani rawatan dialisis sehingga keadaannya stabil.

"Enam bulan pertama adalah kritikal dan jika keadaan Liang kekal stabil, dia boleh keluar dalam masa sebulan," menurut catatan Facebook itu.

Zheng berkata, ibunya masih bergantung kepada mesin sokongan hidup dan alat bantuan pernafasan, tetapi para doktor berkata bahawa keadaannya baik.

Pada malam selepas pembedahan dijalankan, Zheng menulis di Facebook untuk berterima kasih kepada rakan baiknya itu.

"Sokongan Chen dan keluarganya membuatkan saya sedar bahawa kasih sayang bukan terhad kepada keluarga sendiri.

"Kasih sayang ada di mana-mana jika ia benar-benar ikhlas.

"Saya tak sangka dia sanggup lakukan sejauh ini dan menjadi individu yang menyelamatkan nyawa ibu saya," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !

Sekianlah artikel Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/bakal-doktor-derma-hati-kepada-bekas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bakal Doktor Derma Hati Kepada Bekas Guru Sekolah Rendah !"

Catat Ulasan

Loading...