Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, pelajar jurusan perubatan berumur 25 tahun itu menerima panggilan kononnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi.
"Pemanggil berkenaan mendakwa nama mangsa telah disalah guna dengan perjudian secara online haram di Sabah.
"Susulan itu talian mangsa disambungkan kepada anggota polis palsu di Sabah yang meminta maklumat peribadi daripada mangsa sebelum disambungkan kepada pegawai atasan yang menyiasat kes tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, suspek ketiga  yang memperkenalkan diri sebagai inspektor polis itu kemudian telah menyuruh mangsa mengeluarkan kesemua wang di dalam akaun banknya yang berjumlah RM14,700. #sumber