Loading...

Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular

Loading...
Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular
link : Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular

Baca juga


Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular


KUANTAN - Bapa murid tahfiz yang dicucuh api serta diugut dipotong kemaluannya oleh seorang guru tahfiz wanita mengakui dimaklumkan mengenai insiden itu oleh pengusaha tahfiz tersebut sebelum klip video mengenainya tular.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang Zulkhari Zainol Abidin berkata perkara tersebut didedahkan dalam temu bual di antara Pegawai Pelindung JKM dan bapa kandung serta kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbabit.

“Dalam pertemuan itu, bapa kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan telah menghantar anaknya ke pusat tahfiz berkenaan bermula Julai lalu.

“Beliau juga ada dimaklumkan oleh pengusaha tahfiz yang mesra dengan panggilan ummi dan walid berkaitan cubaan menggunting kemaluan, menyalakan api serta merotan kanak-kanak di tapak tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.   

Zulkhairi berkata bapa kanak-kanak itu bagaimanapun tidak marah dengan tindakan pengusaha terbabit sekiranya niat hanya untuk mendidik selagi tidak mencederakan atau  memudaratkan kanak-kanak tersebut.

Katanya, bapa kanak-kanak itu juga berpuas hati dengan ilmu yang diajar oleh pusat tahfiz tersebut yang dilihat telah membantu anaknya bersolat sendiri, mengambil wuduk dengan cara yang betul selain sihat tubuh badan.

Menurutnya, JKM akan membuat seliaan dan pemantauan kes berkenaan selain turut memantau kanak-kanak lain yang berada di pusat tahfiz tersebut.

Sabtu lepas, polis telah menahan dua guru tahfiz pusat berkenaan selepas menerima laporan daripada bapa kanak-kanak terbabit selepas tular di media sosial mengenai tindakan mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata, kedua-duanya yang berusia 43 dan 42 tahun serta dipanggil  ummi dan walid tersebut ditahan 10 malam Sabtu di Kampung Selamat di sini.

Menurut Mohd Noor, klip video berdurasi satu minit 19 saat itu memaparkan guru tersebut  menarik  kemaluan anak pengadu sebelum diancam untuk dipotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api.

Malah, dua lagi klip video masing-masing berdurasi 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru wanita dan lelaki tersebut kerana didakwa mencuri makanan. #sumber


Demikianlah Artikel Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular

Sekianlah artikel Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/bapa-akui-dimaklumkan-oleh-pengusaha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bapa Akui Dimaklumkan Oleh Pengusaha Tahfiz Sebelum Tular"

Catat Ulasan

Loading...