Loading...
Judul : 'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah !
link : 'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah !
'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah !
MARAN - Orang ramai terutamanya penyokong UMNO di sini teruja apabila melihat kelibat bekas Exco Kerajaan Negeri Pahang dan ADUN Jengka, Datuk Zainal Hassan (bersongkok) juga turut hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ketiga AMANAH di Dewan Tun Razak, Temerloh semalam.
Sebelum ini orang ramai dikejutkan dengan kehadiran bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua UMNO Cheras iaitu Datuk Seri Syed Ali Alhabsyee.
Zainal adalah merupakan bekas pemimpin UMNO Bahagian Maran sejak era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Presiden lagi. Sebelum ini beliau juga dikatakan telah beberapa kali hadir dalam program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Beliau menjadi ADUN Jengka untuk beberapa penggal sebelum kalah kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) pada PRU10 lalu.
Walau pun tersebar desas-desus mengatakan beliau telah lebih awal mengikut Tun Mahathir, namun ia dinafikan oleh beliau kata rakan seperjuangannya dalam UMNO di sini. Namun, kelibat Zainal bersama pemimpin Bersatu setempat dilihat bagai membuktikan dia kini sudah bersama parti.
Sebelum ini, heboh diperkatakan nama Zainal tercalon mewakilik Bersatu untuk bertanding kerusi DUN Chenor pada PRU14 lalu. Namun ia dinafikan dan ternyata calon lain yang bertanding di kerusi itu.
Apapun, semoga Zainal terus cemerlang bersama Bersatu, jika itu adalah pilihan terbaik beliau pada masa ini. Lagi pun UMNO kini sudah menjadi pembangkang di pusat. Maka, sudah tidak syak lagi Zainal mengambil peluang untuk menampilkan dirinya dengan lebih aktif lagi dan tidak perlu sembunyi-sembunyi kata seorang pemimpin UMNO di sini. #PDO
Demikianlah Artikel 'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah !
Sekianlah artikel 'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/bekas-exco-pahang-turut-hadir-ke-majlis.html
0 Response to "'Bekas Exco Pahang' Turut Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah !"
Catat Ulasan