Loading...

Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000

Loading...
Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000
link : Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000

Baca juga


Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000


JERANTUT - Seorang pesara guru kerugian sebanyak RM10,550 selepas diperdaya supaya membayar wang prosesan untuk wang kemenangan tidak wujud semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.47 petang itu, mangsa seorang lelaki berumur 59 tahun dari Kampung Temin di sini telah menerima satu pesanan dari laman sosial Facebook dia menangi hadiah dari Syarikat Microsoft Award Compensation Cash Fund.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, teruja dengan kemenangan itu, mangsa telah menyemak pautan rangkaian yang diberikan yang menyambungkannya ke peti masuk mesej Facebook suspek.

Menurutnya mangsa dimaklumkan bahawa dia telah memenangi sejumlah wang tunai sebanyak AS$500,000 dari pihak Microsoft Award.

"Menerusi mesej berkenaan suspek telah meminta mangsa supaya membayar RM10,550 bagi wang proses untuk mendapatkan hadiah tersebut.

"Terpedaya dengan wang kemenangan itu, mangsa telah membuat pemindahan wang di Bank Islam di sini kira-kira pukul 6.13 petang kelamarin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, selepas membuat pembayaran berkenaan mangsa dimaklumkan sekali lagi supaya  membuat pembayaran tambahan sebanyak RM20,000.

Menurutnya lagi, mangsa tidak membuat pemindahan wang tersebut dan mengesyaki bahawa dia telah ditipu sebelum ke balai polis untuk membuat laporan. #sumber


Demikianlah Artikel Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000

Sekianlah artikel Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/diperdaya-menang-as500k-pesara-guru.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Diperdaya Menang AS500K, Pesara Guru Rugi Lebih RM10,000"

Catat Ulasan

Loading...