Loading...

Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz

Loading...
Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz
link : Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz

Baca juga


Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz

KUALA LUMPUR: Beberapa dokumen yang didedahkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai pemilikan dana diterima beliau daripada keluarga Diraja Arab Saudi tidak ditandatangani Putera Abdulaziz Al-Saud.

Menurut laporan The Edge Weekly, Mohammad Abdullah Al Koman yang mendakwa wakil kepada Putera Arab itu memberitahu penyiasat bahawa beliau adalah individu yang menyediakan dan menandatangani semua dokumen berkenaan.

“Dalam kata lain, Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat Malaysia bahawa mereka perlu menerima pengakuannya dan mempercayai dokumen berkenaan adalah daripada keluarga Diraja Arab Saudi,” kata laporan itu.

Laporan memetik sumber itu berkata, selepas perjumpaan dengan Mohammad Abdullah, penyiasat memutuskan ‘tidak selamat untuk mengesahkan wang yang diterima dari Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance adalah dari Arab Saudi kerana ia masih kurang jelas selain kekurangan dokumen yang menyokong kenyataan itu’.

“Sumber itu berkata, semua yang diterima hanya pengakuan lisan daripada Mohammad Abdullah dan tiada pengesahan daripada pihak berkuasa mahupun putera berkenaan.

Menurut laporan itu, Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat, beliau tidak boleh mendedahkan butiran lanjut dan dokumen mengenai pemberian dana kepada Najib kerana membabitkan ‘kepentingan keluarga Diraja Saudi’.

Laporan itu turut mendedahkan terdapat tiga lagi surat lain yang menggunakan nama Putera Arab itu masing-masing mengenai pemberian dana kepada Najib melalui Ambank antara 2011 hingga 2013.

Dalam surat pertama bertarikh 1 Februari 2011, AS$100 juta (RM415 juta) diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu sebagai sumbangan terhadap dunia Islam seperti yang dipersetujui.

Sebanyak AS$80 juta (RM331 juta) daripada jumlah itu dipindahkan daripada akaun Kementerian Kewangan Arab Saudi manakala AS$20 juta (RM83 juta) lagi dipindahkan daripada akaun Putera Faisal bin Turki.

Berdasarkan laporan itu, surat kedua bertarikh 1 November tahun yang sama, AS$375 juta (RM1,552 juta) diberikan kepada Najib yang mana dana itu daripada Blackstone Asia Real Estate Partners.

Daripada jumlah itu, AS$170 juta (RM704 juta) dipindahkan daripada Blackstone Asia Real Estate Partners manakala AS$100 juta (RM415 juta) daripada Putera Faisal bin Turki.

Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat, Blackstone Asia Real Estate Partners dimiliki keluarga Diraja Arab Saudi dan melantik Eric Tan sebagai ‘individu dipercayai’ untuk menguruskan aset itu.

Dalam surat ketiga bertarikh 1 Mac 2013, AS$800 juta (RM3,311 juta) dipindahkan daripada Tanore Finance kepada Najib.

Sekali lagi, Mohammad Abdullah memberitahu penyiasat bahawa Tanore Finance dimiliki keluarga Diraja Arab Saudi dan Tan juga adalah pengurus aset mereka.

Isnin lalu, Najib mendedahkan beberapa dokumen yang mengesahkan pemberian dana itu melalui akaun Facebook beliau.

Najib turut berkongsi mengenai dokumen daripada Raja Abdullah, salah satunya tertera perkataan ‘Recognition of Contribution to the Islamic World’ (pengiktirafan sumbangan kepada dunia Islam) bertarikh 1 Februari 2011.

Dua lagi dokumen menunjukkan penyata transaksi kewangan bertarikh 24 Februari dan 25 November 2011.

Najib dalam kenyataannya menerusi Facebook berkata, pendedahan dibuat bagi membersihkan namanya daripada pelbagai tuduhan dan fitnah.

Katanya, beliau bersama peguam mengambil masa agak lama bagi mendapatkan semula penyata daripada bank dan dokumen berkenaan hanya bagi sumbangan diterima pada tahun 2011 saja. #sumber



Demikianlah Artikel Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz

Sekianlah artikel Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/dokumen-di-dedah-najib-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dokumen Di Dedah Najib, Bukan Tandatangan Putera Abdulaziz"

Catat Ulasan

Loading...