Loading...
Judul : Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok
link : Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok
Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok
KANGAR - Mayat seorang penunggang motosikal dan pembonceng yang maut dalam kemalangan dipercayai pada Isnin minggu lalu ditemui di dalam parit di Kampung Sungai Bugis, Kilometer 11, Jalan Kangar-Alor Setar di sini hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa serta motosikal yang ditunggangi mereka ditemui orang awam kira-kira pukul 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa, Muhammad Hayat Romzi, 19, gagal mengawal motosikal jenis Yahama 135 LC yang ditungganginya sebelum merempuh sebatang pokok jati.
"Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa dan seorang wanita yang masih belum dikenal pasti identitinya serta motosikal Yahama 135 LC berwarna merah ditunggangi mereka terjatuh ke dalam parit itu.
"Keadaan kedua-dua mayat mangsa telah kembung dan dipercayai sudah berada di dalam parit berkenaan selama seminggu. Mangsa dipercayai dari arah Kangar menuju Alor Setar, Kedah," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Isnin minggu lalu berlaku hujan lebat disertai ribut di seluruh Perlis yang bermula kira-kira pukul 10 malam.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah untuk proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok
Sekianlah artikel Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/dua-lekai-maut-di-temui-dalam-parit.html
0 Response to "Dua Lekai Maut Di Temui Dalam Parit, Motosikal Rempuh Pokok"
Catat Ulasan