Loading...
Judul : Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah
link : Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah
Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah
KUANTAN - Isu membabitkan lelaki lembut berperwatakan wanita atau dengan gelarannya mak nyah terus menjadi bualan di setiap bibir masyarakat.
Isu tersebut terus hangat diperkatakan dan tidak kurang juga mendapat respons negatif daripada pelbagai pihak.
Namun, golongan mak nyah ini sebenarnya mengidamkan bimbingan dan sokongan daripada masyarakat untuk mereka berubah ke arah yang lebih baik.
Apa yang dikongsinya bukan mahu memburukkan masyarakat cuma perkongsian ini diharap mampu dijadikan pedoman semua. Kisah dikongsi bekas mak nyah, Mohd Yasin Shahrin, 31, adalah realiti dilema dihadapi golongan ini dalam usaha mereka untuk berubah.
Disebabkan pandangan hina masyarakat yang tidak mahu menerima mak nyah menyebabkan mereka kembali ke lorong dan terlibat semula dalam kancah pelacuran.
Menurutnya, golongan mak nyah memerlukan lebih sokongan daripada ahli keluarga dan masyarakat dalam usaha mereka untuk kembali berubah.
Mohd Yasin berkata, tidak mudah menjalani kehidupan sebagai seorang mak nyah yang terpaksa menelan sindiran orang ramai malah ada yang dibuang keluarga gara-gara masalah golongan ini yang mengalami kecelaruan identiti jantina.
"Sebenarnya golongan seperti kami memerlukan sokongan masyarakat dari segi moral dan kaunseling..kami tidak perlukan hinaan dan cemuhan...yang penting sokongan positif daripada masyarakat, ibu bapa para para ilmuwan agama keluarga yang merupakan salah satu tonggak utama kami untuk terus mendapat hidayah ALLAH.
"Kami diberi ujian dalam hidup..mungkin apa yang berlaku ini ada hikmah. Kami percaya ALLAH akan membantu kalau hambaNya mahu berubah,” katanya.
Ditegur salah tempat solat
Mohd Yasin yang berasal daripada Hulu Langat, Selangor berkata, dia pernah ditegur ketika ingin menunaikan solat di masjid.
"Saya rajin ke masjid negeri dan jemaah di situ ramai yang mengenali saya namun saya pernah ditegur ketika solat di masjid lain di mana ketika itu saya hendak solat di ruangan lelaki dan ada orang tegur saya salah ruang solat, dia macam perli kata saya patut solat di ruang wanita.
"Namun, saya tidak pernah ambil hati dan anggap ia cabaran untuk saya berubah,” katanya
Beliau berkata, keinsafan itu tidak hadir secara paksaan namun dirinya selalu menerapkan nilai-nilai agama.
"Kunci utama untuk berubah adalah solat sebenarnya. Saya akan sentiasa solat kerana solat merubah kita ke arah yang lebih baik di samping memerlukan sokongan masyarakat sekeliling untuk kami berubah,” katanya.
Mohd Yasin turut menasihati ibu bapa yang mempunyai anak yang tercenderung kepada mak nyah, perkara paling penting adalah didikan yang betul daripada ibu bapa.
"Semuanya bermula daripada rumah..ilmu agama adalah sangat penting di samping didikan ilmu dan asuhan yang betul daripada ibu bapa. Jadi, terapkan nilai nilai murni kepada anak-anak supaya mereka tidak terjebak jauh dalam kecelaruan jantina,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Insaf Pahang (PIP), Mohamed Bakri Abu Bakar berkata, ramai di antara mak nyah yang tinggal di lorong sedar akan kesalahan mereka ingin keluar daripada belenggu sebagai pekerja seks namun sedar masyarakat di luar sana masih tidak mahu menerima mereka.
Sebagai bekas mak nyah, Mohamed Bakri menyifatkan sokongan dan bantuan masyarakat dan kerajaan membantu golongan ini kembali ke pangkal jalan.
"Mereka sedar tinggal di lorong mudah terkena penyakit seperti HIV dan penyakit kelamin. Bila dah lama mesti akan rasa bosan dan sedar akan kesilapan namun bila nak berubah kadang-kadang keadaan di luar sana tidak mahu menerima kami,” katanya.
PIP memiliki sebuah rumah perlindungan dan pusat aktiviti membabitkan golongan mak nyah.
Pusat ini memerlukan banyak dana menganjurkan aktiviti membabitkan golongan tersebut dan berusaha menarik mereka kembali taat kepada suruhan ALLAH. #sumber
Demikianlah Artikel Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah
Sekianlah artikel Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/golongan-mak-nyah-gesa-beri-ruang-untuk.html

0 Response to "Golongan "Mak Nyah" Gesa Beri Ruang Untuk Mereka Berubah"
Catat Ulasan