Loading...
Judul : Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini !
link : Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini !
Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini !
KUALA NERUS: PAS mengakui layanan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap mereka lebih baik berbanding kali pertama beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, berdasarkan kesudiannya memberi royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu yang ditadbir parti Islam itu.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat perubahan sikap Dr Mahathir yang keras dahulu kepada sikap lebih lembut selepas diberi kuasa untuk menerajui negara buat kali ke-2 pada pilihan raya umum ke-14 lalu.
“Suasana masyarakat berubah, keadaan berubah, pemikiran beliau juga berubah. Pengalaman beliau lebih banyak lagi dan beliau belajar daripada kelemahan dulu.
“Kita jangka beliau lebih matang sebab itu beliau janji hendak beri balik royalti kepada Kelantan dan Terengganu, sikap beliau lebih baik dari dahulu,” katanya selepas perasmian Muktamar PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, hari ini.
Kerjasama dengan PH
Hadi sekali lagi mengulangi kesediaan PAS bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk Pakatan Harapan (PH), tetapi ada syaratnya.
“Negara demokrasi kita tidak berperang, sekiranya parti lain menerima agenda Islam kita secara positif, maka akan berlaku kerjasama dan perkara lebih baik berlaku.
“Politik ini kemungkinan kawan jadi lawan, lawan jadi kawan.
“(Tetapi) kita ada prinsip kita sebab itu apabila DAP tekan kita tinggalkan dasar Islam, kita berpisah dengan mereka, kita boleh kerjasama menentang kezaliman, salah guna kuasa, tapi minta kita tinggalkan dasar itu tidak boleh.”
Mengulas kerjasama dengan Umno, ahli Parlimen Marang itu berkata, Majlis Syura Ulama akan membuat keputusan berhubung perkara itu.
“Setakat ini, (perbincangan kerjasama dengan Umno) oleh Syura belum lagi berjalan, itu satu andaian sahaja, bila betul nak berlaku, Majlis Syura akan putuskan adakah ia menepati dasar atau tidak.” #sumber
Demikianlah Artikel Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini !
Sekianlah artikel Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/hadi-puji-mahathir-berubah-sikap-layan.html
0 Response to "Hadi Puji Mahathir Berubah Sikap, Layan PAS Lebih Baik Kini !"
Catat Ulasan