Loading...

Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng

Loading...
Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng
link : Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng

Baca juga


Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng


PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua menggesa Jabatan Peguam Negara memberi penjelasan berhubung penarikan balik tuduhan rasuah ke atas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagi mengelakkan rakyat mempertikaikan cara pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana mandat PH adalah mentadbir dengan ketelusan dan tiada unsur keraguan,” katanya selepas pelancaran jualan kuih bulan reformasi di ibu pejabat PKR hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskan Lim serta ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah pada 2016, selepas pendakwa raya menarik balik kes itu.

Lim dituduh menggunakan jawatan awamnya untuk meluluskan permohonan sebuah syarikat dalam penukaran status tanah pertanian kepada perumahan, pada 2016.


Beliau juga dituduh menggunakan kedudukannya untuk membeli sebuah banglo daripada Phang pada harga RM2.8 juta berbanding harga pasaran RM4.27 dan Phang dituduh bersubahat dengannya.

Tian Chua berkata, penjelasan itu perlu diberikan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan bertambah rumit bagi kerajaan PH.


Beliau memuji bekas ketua menteri Pulau Pinang itu ialah individu yang berintegriti, serius dan komited.

“Justeru, pihak peguam negara perlu membuat penjelasan berhubung perkara ini kerana Lim adalah orang yang sangat serius dengan ketelusan.”

Sementara itu, Tian Chua berkata, sekarang bukan masa untuk ahli PKR mengkritik satu sama lain, sebaliknya mereka perlu merealisasikan agenda reformasi yang diperjuangkan sejak 20 tahun lalu.

“Pilihlah calon yang ada kemampuan untuk laksana idea reformasi dalam pentadbiran negara hari ini.” #sumber


Demikianlah Artikel Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng

Sekianlah artikel Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/jabatan-peguam-negara-di-gesa-jelaskan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Peguam Negara Di Gesa Jelaskan Isu Bebas Guan Eng"

Catat Ulasan

Loading...