Loading...
Judul : Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram
link : Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram
Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram
AMPANG - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan meninggalkan negara ini secara haram Mei lalu.
Jamal, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tanpa sebab-sebab yang munasabah telah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan-laluan yang dibenar dan diwartakan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital KPJ Ampang Puteri, di sini pada 25 Mei lalu.
Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen (A150) pindaan 2002 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10, 000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun , peguam Datuk Mohd. Imran Tamrin yang mewakili Jamal memohon jaminan munasabah berdasarkan hukuman yang diperuntukkan atas kesalahan ini adalah denda maksimum RM10,000.
"Anak guam saya menghadapi beberapa kes lain di mahkamah ini dan sudah membayar jaminan lebih RM20,000," katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Muhamad Firdaus kemudian membenarkan Jamal diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 September ini sebagai sebutan semula kes. #sumber
Demikianlah Artikel Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram
Sekianlah artikel Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/jamal-yunos-mengaku-tak-salah-keluar.html
0 Response to "Jamal Yunos Mengaku Tak Salah Keluar Malaysia Secara Haram"
Catat Ulasan