Loading...
Judul : Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit
link : Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit
Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit
Katanya perkara itu dicapai dalam sesi pertemuan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi membincangkan isu berkaitan moratorium serta mendapatkan gambaran lebih holistik serta pandangan terus daripada kerajaan Pahang berhubung hala tuju industri tersebut di Pahang hari ini.
Beliau berkata perbincangan itu membuat keputusan untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi menyediakan tatacara operasi standard (SOP) baharu berhubung perlombongan, pengangkutan, pengurusan simpanan stok dan pengeksportan bauksit.
“Apabila moratorium ini ditarik balik kelak, semua pihak termasuk pelombong yang diberikan AP perlu menandatangani suatu piagam untuk mematuhi semua syarat ditetapkan demi memastikan industri perlombongan bauksit Pahang berjalan secara mampan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Xavier berkata moratorium perlombongan bauksit bermula pada 15 Januari tahun lepas bagi mengawal isu pencemaran akibat aktiviti tersebut dan disambung beberapa kali dengan yang terkini bakal berakhir pada 31 Disember depan.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan sedang merangka penyelesaian menyeluruh dalam menangani aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang, dengan mengadakan perbincangan dengan semua pihak terlibat dalam industri tersebut.
“Perbincangan itu bagi mencari jalan penyelesaian bersifat menang-menang serta mendapatkan konsensus hala tuju yang dapat memberi harapan baharu terhadap industri bauksit di negeri itu,” katanya.
Semalam, kementerian mengadakan sesi perjumpaan bersama penggiat industri perlombongan bauksit di Pahang dan mendengar pandangan serta mendapatkan input dalam menentukan hala tuju industri perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri berkenaan.
Satu sesi libat urus membabitkan wakil rakyat dari Pahang dengan pihak kementerian diadakan yang dihadiri Ahli Parlimen dan Adun dari kawasan terlibat dalam pengeluaran bauksit di Pahang pada 30 Julai lepas. #sumber
Demikianlah Artikel Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit
Sekianlah artikel Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/kerajaan-setuju-beri-permit-kosongkan.html
0 Response to "Kerajaan Setuju Beri Permit Kosongkan Simpanan Stok Bauksit"
Catat Ulasan