Loading...
Judul : KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang
link : KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang
KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang
KUANTAN – Program Santai Hijau yang julung kali dianjurkan Hospital Pakar KPJ Pahang berjaya mengutip hampir 200 kilogram sampah di sekitar Pantai Kempadang di sini, Sabtu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Yasser Arafat Ishak berkata program itu yang disertai 50 kakitangan dan anggota keluarga warga hospital itu melibatkan kawasan sepanjang kira-kira 3 kilometer di pantai tersebut.
"Pemilihan pantai berasarkan kedudukannya yang berhampiran dengan hospital kami selain ia sendiri menjadi kawasan peranginan yang semakin dikenali.
"Aktiviti ini juga sesuai dijadikan sebagai acara bulanan kerana dapat menyemai kesedaran menjaga alam sekitar selain mengeratkan silaturahim warga KPJ Pahang dengan penduduk setempat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Yasser Arafat menambah aktiviti itu juga boleh disifatkan sebagai tanggungjawab korporat sosial (CSR) selain mencerminkan sokongan mereka kepada usaha meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar dalam kalangan masyarakat.
Kataya, aktiviti membersihkan pantai juga merupakan salah satu aktiviti riadah yang mudah dilakukan dan baik untuk kesihatan. #sumber
Demikianlah Artikel KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang
Sekianlah artikel KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/kpj-kutip-hampir-200-kilogram-sampah-di.html
0 Response to "KPJ Kutip Hampir 200 Kilogram Sampah Di Pantai Kempadang"
Catat Ulasan