Loading...

KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim

Loading...
KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim
link : KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim

Baca juga


KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim


KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi polis memanggil Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Tun Daim Zainuddin yang mendedahkan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low menghubunginya bagi membincangkan skandal 1MDB.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata ini kerana perkara berkenaan bukanlah sebahagian daripada siasatan polis.

“Sekarang ini kami masih lagi mengumpul bukti (1MDB) untuk menyelesaikan siasatan kes berkenaan.

“Bagi saya tiada keperluan memanggil beliau (Daim) untuk diambil sebarang keterangan kerana ia bukan dalam siasatan polis,” katanya dalam sidang akhbar majlis penutup seminar jawatankuasa antarabangsa Palang Merah, hari ini.

Selain itu, Noor Rashid berkata pihaknya mengemukakan notis merah kepada pihak Interpol bagi mengesan Jho Low.

“Siasatan kes 1MDB masih diteruskan seperti biasa,” katanya yang enggan mengulas lanjut perkembangan kes itu.

Semalam, Daim mendedahkan Jho Low ada menghubunginya beberapa kali berhubung isu 1MDB.

Selain itu, Jho Low juga ada menghubunginya ketika bekas menteri kewangan itu menggesa ahli perniagaan berkenaan pulang ke Malaysia jika dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB.

Jho Low pernah menawarkan diri untuk membantu dalam kes 1MDB ketika kunjungan Daim ke China pada Jun lalu, namun beliau enggan melayan permintaan ahli perniagaan kontroversi itu. #sumber


Demikianlah Artikel KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim

Sekianlah artikel KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/kpn-tiada-keperluan-untuk-siasat-jho.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KPN: Tiada Keperluan Untuk Siasat Jho Low Hubungi Tun Daim"

Catat Ulasan

Loading...