Loading...
Judul : Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO?
link : Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO?
Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO?
Selepas bekas Ketua Menteri Melaka kelima itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai ahli seumur hidup Sabtu lalu, kini timbul spekulasi menyebut bekas Ketua Menteri ke-10, Datuk Seri Idris Haron bakal mengikut langkah sama.
Sumber memberitahu NSTP, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang disebut-sebut bakal meninggalkan UMNO susulan kecewa dengan kepemimpinan yang didakwa gagal mencapai kesepakatan ketika parti itu kini bertindak sebagai pembangkang.
Katanya, keputusan meninggalkan parti mungkin jalan penyelesaian terbaik, lebih-lebih lagi apabila ada pihak yang mempersoalkan pemilihan Idris sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
“Ada pihak yang berkeras tidak mahu Idris jadi ketua pembangkang kerana mendakwa dia tiada jawatan dalam UMNO Bahagian di Melaka, sebaliknya mahu Ketua UMNO Bahagian Jasin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman sebagai ketua pembangkang.
“Hasan pula menolak (ketua pembangkang), sebelum pihak terbabit usulkan pula Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Ismail Othman. Kekalutan ini menyebabkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terpaksa campur tangan,” kata sumber itu.
Media pada Sabtu lalu melaporkan Mohd Adib, 77, yang pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982 menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli seumur hidup parti komponen PH dalam satu majlis Sembang Santai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai.
Sumber itu memberitahu, susulan campur tangan Ahmad Zahid, ADUN UMNO Melaka akhirnya tetap memutuskan untuk melantik Idris sebagai ketua pembangkang.
“Keputusan ini tidak disenangi Ketua Perhubungan UMNO Melaka yang baharu.
Jangan terkejut andai bekas Ketua Menteri ini turut mengikut jejak Mohd Adib.
“Malah, jika benar tindakan beliau (keluar UMNO), ia akan disusuli beberapa lagi tindakan sama oleh ADUN daripada Barisan Nasional (BN) yang menyokong beliau. Ia sudah pasti mencetuskan krisis baharu dalam kepemimpinan UMNO-BN Melaka,” katanya.
Sementara itu, Idris ketika dihubungi berkata, beliau tidak menolak hakikat seolah-olah dirinya dinafikan hak sebagai ketua pembangkang di Melaka walaupun memenangi kerusi DUN Sungai Udang atas tiket BN.
“Tidak tahu kenapa, saya seolah-olah cuba diketepikan seperti menjadi igauan oleh sesetengah pihak.
“Seperti kenyataan saya sebelum ini, sekiranya ada cubaan menekan sehingga ke satu sudut, saya sedia untuk membuat pertimbangan,” katanya.
Ditanya adakah pertimbangan itu bermakna beliau mahu keluar UMNO, Idris enggan mengulas lanjut.
“UMNO Melaka jangan sesekali mengambil mudah dalam cubaan (mereka) untuk memancing ADUN PH. Apakah mereka tidak terfikir yang ADUN BN mungkin beralih ke PH?” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO?
Sekianlah artikel Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/lagi-bekas-ketua-menteri-melaka-di.html
0 Response to "Lagi Bekas Ketua Menteri Melaka Di Jangka Tinggalkan UMNO?"
Catat Ulasan