Loading...
Judul : Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti !
link : Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti !
Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti !
PETALING JAYA: Datuk Lokman Noor Adam menjangkakan akan ada lagi pemimpin Umno mengikuti langkah Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti.
“Saya nak beritahu, bukan hanya Mustapa sahaja yang akan keluar tinggalkan kita. Dalam majlis tertinggi Umno sekarang pun saya jamin ada yang sudah bersedia untuk tinggalkan parti kita.
“Jadi kita kena tanamkan dalam diri kita bahawa ini kerja Allah untuk berihkan parti kita,” kata ahli MT Umno itu dalam satu video di Facebook hari ini.
Mustapa semalam mengumumkan dia meninggalkan Umno selepas 40 tahun bersama parti kerana hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya.
Hari ini, Ahli Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan dia juga meninggalkan Umno kerana ia tidak lagi boleh memenuhi janji memulihkan hak Sabah dan Sarawak yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Kedua-dua bekas menteri dan ahli MT Umno itu merupakan 2 pemimpin Umno tertinggi dan terkanan pertama yang keluar parti pasca pilihan raya umum ke-14.
Lokman menyeru ahli Umno untuk terus bersama parti dan melihat pemergian mereka sebagai sebahagian daripada proses “pembersihan”.
Beliau meminta ahli Umno bersabar kerana kerjasama Umno dan PAS yang sedang dibentuk sekarang ini bakal membuahkan hasil pada pilihan raya umum akan datang.
“Kita jangan putus asa…kita akan dapat lebih banyak kerusi,” katanya.
Kelmarin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencadangkan penubuhan gabungan baharu bergelar Pakatan Malaysia yang terdiri daripada Umno, PAS, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Bersatu Sabah dan PKR. #sumber
Demikianlah Artikel Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti !
Sekianlah artikel Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/lokman-jangka-akan-ada-lagi-pemimpin.html
0 Response to "Lokman Jangka Akan Ada Lagi Pemimpin UMNO Keluar Parti !"
Catat Ulasan