Loading...
Judul : Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U
link : Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U
Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U
KUANTAN - ADUN Semambu kecewa dengan kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu, Selasa lalu berhubung operasi kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, di sini.
Lee Chean Chung berkata, kenyataan ADUN Berserah itu dilihat tidak mengambil kira sensitiviti penduduk sekitar kilang memproses nadir bumi itu.
Menurutnya, beliau menghormati wakil rakyat tersebut kerana pernah bersama-sama berjuang dalam bantahan untuk menghentikan operasi kilang Lynas kira-kira enam tahun lalu.
“Namun, apabila saya terbaca kenyataannya selepas Sesi Minum Petang anjuran kilang berkenaan, saya terkejut dan seolah-olah beliau sudah membuat pusingan U.
"Jika dahulu kami membantah projek ini, jadi kenapa sekarang Andansura boleh cakap operasi Lynas selamat dan boleh diteruskan.
"Saya rasa beliau sudah berubah... adakah agenda politik Pas tidak lagi memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Difahamkan, Andansura yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri mengeluarkan kenyataan berkenaan selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Kakitangan Pengurusan Lynas pada Selasa lalu di sebuah hotel berhampiran Balok.
Majlis itu turut dihadiri Duta Besar Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski.
Selain menyatakan operasi Lynas mengikuti peraturan ditetapkan kementerian berkaitan, Andansura turut berkata, kilang itu juga menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda di kawasan berhampiran.
Dalam pada itu, Chean Chung berkata, bantahan dibuat terhadap Lynas adalah disebabkan kebimbangan penduduk terhadap kaedah digunakan kilang itu bagi menguruskan sisa bahan radioaktif selepas nadir bumi diproses.
"Perjuangan kami selama ini adalah untuk memastikan mereka tidak menjadikan Kuantan sebagai 'tong sampah' dengan lambakan sisa bahan radioaktif.
"Kita tidak mahu penduduk di Kuantan dan Pahang dilayan seperti tikus makmal oleh pihak Lynas dan akhirnya akan mengakibatkan masalah kesihatan atau bencana yang tidak kita mahu berlaku pada masa akan datang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U
Sekianlah artikel Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/lynas-adun-semambu-kecewa-tindakan-pas.html
0 Response to "Lynas: ADUN Semambu Kecewa Tindakan PAS Buat Pusingan U"
Catat Ulasan