Loading...
Judul : Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang
link : Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang
Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang
KUANTAN - Kegagalan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk beroperasi di Pahang mungkin menjadi satu 'tragedi' memandangkan kilang itu merupakan pelaburan perintis bagi negara Australia di Malaysia.
Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.
"Lynas amat penting buat kami kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada Australia mahupun Malaysia.
"Oleh itu, kami mahu memastikan ia dapat terus berkembang dan mencipta banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik lebih banyak syarikat gergasi Australia lain datang melabur di sini.
"Jika operasi kilang Lynas ini gagal, berita ini pasti tersebar ke seluruh Australia dan pastinya syarikat-syarikat besar yang pada mulanya berminat tidak lagi mahu membuat pelaburan di negara ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang
Sekianlah artikel Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/lynas-bakal-menjadi-tragedi-jika-gagal.html
0 Response to "Lynas Bakal Menjadi 'Tragedi' Jika Gagal Beroperasi Di Pahang"
Catat Ulasan