Loading...
Judul : MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS !
link : MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS !
MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS !
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- MIC hari ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS sebagai blok pembangkang tanpa melibatkan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Presidennya Tan Sri S. A. Vigneswaran optimis hala tuju parti itu akan menjadi lebih baik sekiranya dapat bekerjasama dengan PAS pada masa hadapan.
“Saya telah berjumpa dan menyampaikan hasrat itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beliau menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan MIC.
“Tok guru (Abdul Hadi) juga telah memberi jaminan bahawa kerjasama tersebut tidak akan menjejaskan prinsip dan kepercayaan agama masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini, hari ini.
Mengenai maklum balas anggota parti berhubung hal itu, Vigneswaran percaya prinsip kerjasama itu diterima baik oleh anggota MIC.
Mengenai kedudukan MIC dalam BN, beliau berkata MIC akan mengadakan pertemuan dengan UMNO dan MCA berhubung perkara itu. #sumber
Demikianlah Artikel MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS !
Sekianlah artikel MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/mic-nyatakan-kesediaan-untuk-jalin.html

0 Response to "MIC Nyatakan Kesediaan Untuk Jalin Kerjasama Dengan PAS !"
Catat Ulasan