Loading...
Judul : Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu !
link : Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu !
Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu !
Itu jawapan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditanya pandangan beliau berhubung tren semasa menunjukkan ramai ahli UMNO mahu menyertai parti tersebut selepas UMNO kalah teruk dalam PRU14.
Menurutnya, disebabkan faktor tersebut, ramai ahli UMNO yang masih menyayangi perjuangan membela orang Melayu mula melihat Bersatu sebagai inisiatif baru buat mereka dan menganggap parti tersebut mampu menggantikan UMNO.
“Sebahagian daripada pemimpin UMNO yang sekarang berada dalam pembangkang mungkin selepas sudah kalah, mereka menunjukkan minat untuk bersama-sama (dengan Bersatu).
“Namun begitu, kita berhati-hati dalam soal itu (menerima keahlian ahli UMNO kerana kita tak mahu disalah anggap. Sebelum ini kami tentang mereka, sekarang bila sudah kalah, kita terima dengan mudah.
“Kita faham sangat sentimen itu. Walau apa pun, kita akan melihat perkembangan ini dari satu fasa ke satu fasa,” katanya kepada pemberita dalam sesi wawancara khas di kediaman beliau, di sini, baru-baru ini.
Tambah Menteri Dalam Negeri ini, terdapat keikhlasan dalam sebahagian daripada ahli UMNO yang memohon untuk menyertai Bersatu namun pimpinan parti akan tetap mengambil sikap berhati-hati sebelum menerima mereka.
“Mungkin mereka rasa kecewa dengan kepimpinan UMNO yang lepas dan tak mahu menerima kepimpinan terdahulu. Jadi mereka lihat Bersatu tempat yang mereka boleh teruskan perjuangan.
“Apa yang penting, kita tak mahu buruk sangka. Kalau mereka betul-betul ikhlas mahu bersama dan tidak membawa cara, budaya dan bentuk pimpinan yang tidak sesuai malah ditolak rakyat, kita bersedia menimbang untuk mereka menyertai kita,” ujarnya. #sumber
Demikianlah Artikel Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu !
Sekianlah artikel Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/muhyiddin-umno-ialah-parti-gagal.html
0 Response to "Muhyiddin: UMNO Ialah Parti Gagal, Khianat Islam Dan Melayu !"
Catat Ulasan