Loading...
Judul : NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan !
link : NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan !
NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan !
Beliau menyuarakan demikian selepas melihat komen terkini yang disuarakan oleh netizen dalam group Facebook Warga Kuantan Official #WKOF hari ini. Posting telah dibuat oleh Azmi Maarof yang antara lain begitu kecewa dengan tahap kualiti dan perkhidmatan TSK sekarang ini.
Berbagai masalah yang timbul sejak sekian lama masih gagal diuruskan dengan baik oleh pihak pengurusan. "Malah NGO Terjah, sudah banyak kali mendedahkan kelemahan dan masalah yang berlaku. Namun hingga ke hari ini ia bukan semakin elok, malah semakin mengecewakan", kata Shukri.
"Tandas kotor, skrin monitor gelap, sistem pembesar suara, penyaman udara, CCTV, eksekulator, kemudahan surau, parkir motosikal, laluan menurunkan penupang dan berbagai lagi masalah yang melanda TSK masih gagal diatasi dengan baik", tambahnya.
Berbagai komen daripada netizen dan orang awam, membuktikan TSK sememangnya perlu dipulihkan segera. Malah ada yang bersetuju agar TSK ditenderkan secara terbuka kepada mereka yang lebih layak menguruskannya.
Pendek kata secara keseluruhannya warga Kuantan amat kecewa dengan tahap perkhidmatan di Terminal Sentral Kuantan (TSK) sekarang. Justeru, Mohd Shukri menggesa Kementerian Kewangan mengambilalih semula bangunan terbabit dan ditenderkan kepada mereka yang lebih layak.
"Bila bangunan awam seperti ini diiruskan oleh PBT, maka mereka tidak mengambilkisah segala aduan dan komen yang diberikan oleh pengguna. Mungkin sebab mereka anggap komenlah macam mana sekali pun bangunan itu tetap akan diuruskan oleh PBT. Ia berbeza jika ditenderkan, maka kontraktor yang berkenaan pasti akan buat yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan mereka dikekalkan", kata Shukri.
Papan tanda TSK pun "hidup segan mati tak mahu", tidak ceria
dan mengalu-alukan ketibaan pelancong ke ibu negeri Pahang
Beliau turut menarik perhatian dengan kualiti perkhidmatan di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang sungguh terbaik kerana ia diuruskan oleh pihak swasta dan bukan PBT iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Makanya sudah tiba masa, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) selaku PBT bertanggungjawab akui kelemahan urus tadbir mereka dan menyerahkan semula TSK kepada kerajaan untuk ditenderkan. Usahlah terus merosakkan harapan rakyat dengan menyajikan perkhidmatan yang cukup memalukan".
"TSK ialah pintu masuk utama pelancong yang menggunakan kenderaan awam (bas ekspress) ke Kuantan. Jika kemudahan terlalu buruk, maka ia telah mencemarkan imej Kuantan Indah Lestari itu sendiri sebenarnya, Malu kepada orang luar apabila melihat tandas yang begitu kotor dan menjijikkan serta kemudahan lain yang bertaraf kelas tiga. Terimalah hakikat PBT tidak layak uruskan TSK lagi. Beri kepada yang lebih mampu", tambah Shukri lagi.
Beliau turut menggesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turun padang dan melihat sendiri apa yang berlaku di TSK ini. Sampai bilakah, warga Kuantan akan berhadapan dengan situasi ini agaknya?. #PDO
Demikianlah Artikel NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan !
Sekianlah artikel NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/ngo-gesa-kerajaan-pusat-ambil-alih.html










0 Response to "NGO Gesa Kerajaan Pusat Ambil Alih Pengursan TSK Kuantan !"
Catat Ulasan