Loading...
Judul : Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji
link : Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji
Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji
MELAKA - Sepasang kekasih dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu.
Hakim Datuk Siti Khadijah S. Hassan Barjenid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.
Nur Fatihah Saqira Mohd. Tahir dari Segamat, Johor dan Firdaus Abdul Karim masing-masing berusia 22 tahun bagaimanapun kelihatan tenang mendengar keputusan tersebut.
Siti Khadijah dalam penghakimannya berkata, beliau tidak menerima pengakuan dan penjelasan daripada kedua-dua tertuduh dan disabitkan bersalah sepertimana dalam pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa dengan niat bersama membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin yang ketika itu berusia 27 tahun di Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan, Bandar Baru Merlimau Utara, Jasin.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh kedua-duanya pada pukul 11.30 malam, 31 Disember 2014 hingga pukul 1 pagi, 1 Januari 2015.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Mengikut fakta kes, Nur Fatihah menjalinkan hubungan cinta siber dengan mangsa sejak tingkatan tiga, namun perkenalan tersebut menjadi renggang selepas wanita itu melanjutkan pelajaran di sebuah institut pengajian tinggi di negeri ini.
Pada malam kejadian, si mati yang bekerja sebagai pekerja kontrak di Perak datang ke Melaka dengan menaiki bas untuk membuat kejutan berjumpa dengan teman wanitanya itu buat kali pertama.
Nur Fatihah yang menjalinkan hubungan dengan Firdaus menghubungi kekasih gelapnya itu dan bersetuju mengumpan mangsa di tempat kejadian.
Kerana cemburu, tertuduh lelaki menikam Muhammad Azzad beberapa kali dan mengelarnya menggunakan pisau sehingga mati sebelum mayat mangsa dicampak ke dalam kolam loji kumbahan.
Mayat lelaki itu kemudian dijumpai oleh orang awam dua hari kemudian pada 2 Januari 2015.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Badius Zaman Ahmad dan Shazreen Nadia Saaban manakala tertuduh masing-masing diwakili Peguam LK Tiew dan Mak Kah Keong. #sumber
Demikianlah Artikel Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji
Sekianlah artikel Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pasangan-kekasih-di-hukum-mati-campak.html
0 Response to "Pasangan Kekasih Di Hukum Mati, Campak Lelaki Ke Dalam Loji"
Catat Ulasan