Loading...

Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah

Loading...
Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah
link : Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah

Baca juga


Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah


KUANTAN – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh kesal dengan kenyataan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar yang mahu had umur minimum perkahwinan  diturunkan  kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki atas alasan anak-anak sekarang terdedah kepada seks lebih awal.

Beliau berkata, perkahwinan bukan sahaja berkisar tentang soal seks semata-mata, namun ia juga berkait dengan soal tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pasangan yang mendirikan rumah tangga tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, sesebuah perkahwinan memerlukan persediaan mental dan fizikal selain keupayaan kewangan untuk membolehkan pasangan tersebut mengharungi cabaran yang mendatang dalam alam perkahwinan.

“Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) pada tahun 2011 ada menyebut bahawa perkahwinan bawah umur mendatangkan lebih banyak mudharat dari kebaikan.

“Sekiranya berlaku gejala sosial di mana remaja terdedah kepada tingkah laku seks luar nikah di peringkat umur yg muda, maka masalah itu harus dipersoal kepada institusi agama dan keberkesanan program dakwah mereka.

“Kita perlu tanya mengapa perkara tersebut berlaku dan bukannya mencari penyelesaian dengan membenarkan perkahwinan kanak-kanak. Itu membunuh masa depan mereka,” katanya  kepada Bernama menerusi aplikasi Whastsapp di sini hari ini.

Menurutnya, bagi kanak-kanak perempuan sendiri, secara biologikal rahim belum bersedia untuk mengandung pada umur 14 tahun dan kehamilan pada umur demikian akan lebih menyebabkan risiko keguguran dan kematian bayi yang dikandung.

Manakala dari segi psikologi sendiri, kanak-kanak lelaki mahupun perempuan belum bersedia atau matang untuk memikul tanggungjawab menjadi suami mahupun isteri yang sekali gus boleh menyebabkan perkahwinan berkenaan mungkin berakhir dengan perceraian.

“Apabila perkahwinan itu dilakukan awal contohnya pada usia 14 dan 16 tahun, bagaimana pula dengan soal pendidikan mereka. Pada peringkat usia seperti itu mereka seharusnya di bangku sekolah demi masa depan yang lebih terjamin,” katanya.

Bungsu dalam kenyataannya semalam yang menyatakan pendirian tidak bersetuju cadangan kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Antara lain Bungsu berkata anak-anak pada masa kini cepat matang dan terdedah kepada soal seks lebih awal yang menyebabkan mereka perlu dibenarkan untuk berkahwin dengan awal. #sumber


Demikianlah Artikel Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah

Sekianlah artikel Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/perkahwinan-bawah-umur-fuziah-kesal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perkahwinan Bawah Umur, Fuziah Kesal Kenyataan Mufti Sabah"

Catat Ulasan

Loading...