Loading...

Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum

Loading...
Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum
link : Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum

Baca juga


Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum


PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat kepada pesalah kes berkaitan lesbian, gay, biseksual dan trasgender (LGBT) yang dikatakan mahu diikuti oleh negeri tertentu seolah-olah menggambarkan Islam hanya mahu menghukum pesalah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof berkata, penguatkuasaan undang-undang syariah terhadap kesalahan jenayah syariah sebenarnya bersandarkan kepada belas kasihan dan bertujuan memberi pengajaran.
“Saya berpendapat idea mengenai negeri lain akan mengikut jejak langkah (hukuman sebat) itu bukan satu semangat. Penguatkuasaan undang-undang syariah itu bukan berdasarkan apa orang fikir atau siapa mahu melebihi yang lain.
“Ia sebenarnya berdasarkan kepada belas kasihan dan memberi pengajaran. Saya berpendapat jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada orang awam,” katanya pada sidang media selepas Majlis Zakat Korporat 2018 di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan Pahang membayangkan bakal mengikut langkah Terengganu untuk melaksanakan hukuman sebat ke atas pesalah berkaitan kes LGBT.
Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohamad Noor Abdul Rani dilaporkan berkata, perkara itu kini dalam perbincangan memandangkan pelaksanaan hukuman itu memerlukan penelitian mendalam.
Beliau dipetik berkata, ia wajar dan sokongan harus diberi bagi menunjukkan ketegasan pihak berkuasa dalam melaksanakan undang-undang bagi membendung amalan LGBT.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu melaksanakan hukuman sebat kepada pasangan lesbian berusia 22 dan 32 tahun, yang masing-masing disebat enam kali selepas didapati bersalah cuba melakukan hubungan seks di dalam kereta, pada 8 April lalu.
Pelaksanaan hukuman itu, yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia, dipercayai yang pertama seumpamanya di negeri berkenaan. #sumber


Demikianlah Artikel Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum

Sekianlah artikel Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/perlasanaan-hukuman-sebat-islam-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perlasanaan Hukuman Sebat, Islam Bukan Agama Menghukum"

Catat Ulasan

Loading...