Loading...

PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar

Loading...
PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar
link : PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar

Baca juga


PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar


KUANTAN - Majlis Pimpinan PKR Pahang menyambut baik keputusan mengosongkan kerusi Parlimen untuk memberi laluan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, tindakan wakil rakyat yang menawarkan untuk mengosongkan tempat bagi memberikan Anwar bertanding adalah perkara mulia dan harus dipuji.

Menurutnya, ini membuktikan bahawa PH mempunyai kesinambungan dalam perjuangan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Saya dah berpolitik sejak tahun 1955 dan inilah kali pertama ada orang (wakil rakyat) sanggup bagi kerusi kepada orang lain dan kalau ada pun mungkin hanya kes terpencil.

“Bagi saya ini satu kemuliaan kerana kalau tempat berkedudukan (kawasan parlimen) berprestij itu, satu pengorbanan dan kalau kedudukan lebih memikul beban dan tanggungjawab, dia sanggup melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fauzi berkata, dia berharap supaya semua ahli menerima hakikat dengan tindakan yang dilakukan demi kebaikan negara dan rakyat yang mahukan perubahan daripada kerajaan baharu.

Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR negeri, Dasimah Zainudin menyokong tindakan tersebut dalam memberi laluan Anwar menyertai semula dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Tindakan itu langkah terbaik kerana ramai yang ingin melihat Anwar kembali menjadi seorang ahli politik. Kalau boleh pengumuman mengenai kekosongan kerusi itu perlu dipercepatkan lagi.

“Ini kerana bukan setakat ahli PKR malah rakyat sudah ternanti-nanti untuk melihat Anwar kembali menjadi seorang wakil rakyat,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar

Sekianlah artikel PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pkr-pahang-sambut-baik-kosong-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PKR Pahang Sambut Baik Kosong Kerusi Parlimen Demi Anwar"

Catat Ulasan

Loading...