Loading...

PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini

Loading...
PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini
link : PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini

Baca juga


PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini


ALOR SETAR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa pengumuman mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan dibuat sekembalinya beliau dari Hong Kong, Rabu ini.

Beliau berkata Anwar telah menghubunginya semalam sebelum berlepas ke Hong Kong bagi memberi arahan untuk 'mempersiapkan' kerusi-kerusi berpotensi yang akan ditandingi presiden parti, yang dipilih itu dalam masa terdekat.

"Kerusi (berpotensi) itu asalnya tiga, tapi sehingga semalam setelah di 'zoom in' jadi dua, semalam dia telah hubungi saya untuk memberikan gambaran dan saya ada beberapa tugasan untuk disiapkan, mungkin waktu di Hong Kong nanti beliau akan buat keputusan satu daripada kerusi itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) di sini hari ini.

Saifuddin, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata kerusi yang akan dipilih oleh Anwar itu nanti adalah kerusi paling selamat berdasarkan kepada kajian serta mengambil kira keputusan pada pilihan raya umum yang lepas.

“Kami sudah ambil kira semua termasuk keputusan pilihan raya umum yang lepas, peratus keluar mengundi, isu politik semasa yang berlegar serta isu dimainkan pembangkang selama pembangkang belum keluar tajuk politik perkauman, agama serta sengketa kaum," katanya.

Saifuddin turut mengesahkan bahawa kerusi yang bakal ditandingi Anwar nanti bukanlah kerusi dari negeri-negeri di utara semenanjung seperti dilaporkan akhbar-akhbar tempatan, yang beliau sifatkan sebagai spekulasi semata-mata.

Beliau meminta orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita-berita serta gosip bertebaran dan menegaskan bahawa apa-apa pengumuman mestilah datang daripada Setiausaha Agung sebagai sumber yang paling berhak dan mengikut undang-undang dalam sesebuah parti.

Mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bahawa belum ada perbincangan di peringkat tertinggi mengenai pemilihan kerusi untuk Anwar, Saifuddin berkata Anwar sendiri telah membuat pengumuman terbuka bahawa beliau akan kembali ke Parlimen Oktober ini. #sumber


Demikianlah Artikel PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini

Sekianlah artikel PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/pkr-umum-kerusi-setelah-anwar-balik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Umum Kerusi Setelah Anwar Balik Dari Hong Kong Rabu Ini"

Catat Ulasan

Loading...