Loading...
Judul : Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM
link : Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM
Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan Maszlee Malik sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Perdana Menteri itu berkata, ini disebabkan banyak pihak memberikan pendapat mereka mengenai pelantikan tersebut dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa sensitif dengan pendapat orang ramai.
“Kita akan kaji semula tentang pelantikan ini, kerana ini (pelantikan) bukan terukir dengan batu. Kita boleh ubah pendirian kita,” katanya selepas mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor hari ini.
Maszlee dilantik sebagai presiden ke-8 UIAM menggantikan Tan Sri Rais Yatim. Kerusi itu kosong sejak tempoh perkhidmatan 5 tahun Rais tamat Jun lalu.
UIAM sebelum ini mempertahankan pelantikan Maszlee, mengatakan ia dipersetujui ketua perlembagaannya, Sultan Ahmad Shah.
Semalam, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) memberi tempoh 7 hari kepada Maszlee untuk meletak jawatan atau berdepan bantahan besar-besaran.
Gaji minimum RM1,050
Mengulas mengenai gaji minimum yang ditetapkan kerajaan sebanyak RM1,050, Dr Mahathir berkata pihaknya sukar untuk melaksanakan penetapan gaji minimum berkenaan.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ini disebabkan banyak wang digunakan untuk membayar hutang yang besar.
“‘Interest’ pun dah begitu besar, sebab itu kita tak boleh tingkatkan perbelanjaan kerajaan dan kita juga harus ingat kita sedang bersaing dengan negara lain. Kalau kos kita meningkat terlalu tinggi kita akan hilang kelebihan kita.”
Sukar dapat kerjasama dakwa Najib
Mengulas mengenai afidavit yang mendakwa 2 cek bernilai RM9.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Dr Mahathir berkata banyak dakwaan yang dikenakan terhadap Najib kerana tindakan salah yang dilakukannya.
“Telah ada 2 caj dikenakan terhadapnya dan akan ada yang lain. Penyiasatan perlukan masa yang lama disebabkan kadang-kadang kita tidak mendapat kerjasama penuh daripada orang ramai yang mengetahui fakta.”
Kurangkan pegangan saham syarikat media
Dr Mahathir berkata kerajaan juga bercadang mengurangkan pegangan saham dalam syarikat media.
“Memang satu cara elak media ini diperalat oleh orang tertentu, di mana kita dapati ada sahaja pihak yang ingin menguasai media untuk kepentingan diri mereka. Tapi kita belum laksanakan lagi.”
Hubungan PAS-UMNO
Pengerusi PH itu juga berkata hubungan kedua-dua parti itu kini menjadi kenyataan walaupun mereka menyembunyikan dahulu.
“Dulu dia kerjasama cuma dalam bilik sahaja, sekarang dah keluar dari bilik, kita tahulah. Masa mereka dalam bilik juga kita tahu.” #sumber
Demikianlah Artikel Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM
Sekianlah artikel Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/putrajaya-kaji-semula-lantikan-maszlee.html
0 Response to "Putrajaya Kaji Semula Lantikan Maszlee Sebagai Presiden UIAM"
Catat Ulasan