Loading...
Judul : Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan
link : Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan
Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan
KOTA BHARU - Bagi membuat persediaan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan, satu kerusi parlimen bakal dikosongkan untuk Penasihat PKR itu minggu depan.
Bayangan tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Tunjong, malam tadi.
Bekas ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun tidak mendedahkan secara lanjut butiran itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar untuk mengetahui kerusi mana yang akan terlibat untuk tujuan itu.
"Langkah pertama untuk menjadikan Anwar sebagai Presiden parti sudah selesai dan langkah kedua pula adalah untuk menjadikan Anwar sebagai ahli Parlimen.
"Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
"Minggu depan Insya-ALLAH satu kerusi dikosongkan dan insya-ALLAH Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen," katanya.
Sehingga kini, hanya tiga kerusi sahaja iaitu Sungai Petani, Selayang dan Sungai Siput yang bersedia menawarkan diri memberi laluan bagi pengosongan kerusi parlimen tersebut.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan ahli parlimen serta perdana menteri kelapan.
"Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum,"katanya #sumber
Demikianlah Artikel Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan
Sekianlah artikel Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/rafizi-dakwa-satu-kerusi-parlimen-untuk.html
0 Response to "Rafizi Dakwa Satu Kerusi Parlimen Untuk Anwar Minggu Depan"
Catat Ulasan