Loading...
Judul : Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib !
link : Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib !
Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib !
KUALA LUMPUR - Sebanyak RM2.973 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, transaksi dilakukan menerusi tiga syarikat iaitu Good Star, Aabar dan Tanore.
“Sehingga masa kini, sebanyak 132 transaksi penggunaan wang haram telah dikenal pasti dan polis juga telah merakamkan percakapan daripada 64 individu termasuk Najib dan anak perempuannya, Nooryana Najwa.
“Polis juga telah mengenal pasti lebih 50 individu dalam dan luar negara termasuk beberapa ahli politik yang terlibat dalam menerima wang daripada transaksi tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Noor Rashid menambah, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman belum menerima sebarang tuntutan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan sitaan wang tunai dan barangan berharga yang diambil dalam serbuan sebelum ini.
“Pasukan AMLA Bukit Aman telah menyerahkan perintah di bawah Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 untuk pihak berkenaan.
“Pihak AMLA telah mengenal pasti beberapa beg dan jam tangan yang disyaki diperoleh dengan menggunakan hasil daripada wang haram dan polis juga masih bekerjasama dengan beberapa pihak negara luar bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Polis mempunyai masa sehingga Mei tahun depan untuk melengkapkan siasatan dan memohon kepada pihak berkuasa luar negara untuk mendapatkan keterangan dan dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan. #sumber
Demikianlah Artikel Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib !
Sekianlah artikel Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/sebanyak-rm29-bilion-di-masuk-dalam.html
0 Response to "Sebanyak RM2.9 Bilion Di Masuk Dalam Akaun Peribadi Najib !"
Catat Ulasan