Loading...
Judul : Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun
link : Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun
Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun
TAIPING - Sembilan remaja lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dalam tiga kejadian berasingan di Kamunting dan Aulong di sini sejak 18 September hingga kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sekitar Kamunting dan Taiping antara pukul 9 hingga 11.30 malam semalam.
"Empat daripada suspek masih bersekolah manakala bakinya sudah berhenti sekolah.
"Tangkapan terhadap kesemua suspek dibuat berikutan laporan polis yang dibuat mangsa di Balai Polis Kamunting pagi semalam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.
Tambah Mohamad, hasil ujian klinikal mengesahkan mangsa mengalami kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.
Katanya, semakan rekod lampau mendapati tiga daripada mereka masing-masing mempunyai satu rekod lampau berkaitan rogol, seksual ke atas kanak-kanak dan pukul sehingga cedera parah.
"Kesemua mereka kini direman selama enam hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.Katanya, polis sedang mengesan dua lagi suspek yang masih bebas dikenali Hadi dan Boya selain rakan mangsa bernama Anis untuk siasatan lanjut. #sumber
Demikianlah Artikel Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun
Sekianlah artikel Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/sembilan-orang-remaja-lelaki-di-tahan.html

0 Response to "Sembilan Orang Remaja Lelaki Di Tahan Rogol Pelajar 13 Tahun"
Catat Ulasan