Loading...

Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah

Loading...
Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah
link : Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah

Baca juga


Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah


ALOR SETAR: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipijak seekor gajah semasa dalam perjalanan pulang bersama abangnya dari dusun yang terletak di pinggir hutan di Kampung Kah Ing dekat Padang Terap petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Noh Idris berkata Mat Juhid Osman, 49, dari Kampung Hulu Padang Sanai Kanan, Kuala Nerang mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta patah tangan dipercayai diserang seekor gajah dalam kejadian 6.30 petang itu.

“Mangsa bersama abangnya dalam perjalanan pulang dari dusun di Kampung Kah Ing, tiba-tiba (dipercayai) diserang seekor gajah. Abang mangsa kemudian membawa adiknya ke Hospital Kuala Nerang dan doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah dihubungi untuk mengesan gajah berkenaan sama ada masih berada di kawasan sekitar atau sebaliknya.

Jurucakap Perhilitan Kedah ketika dihubungi memaklumkan pegawai perhilitan sedang menyiasat kejadian itu termasuk memantau keadaan di laluan masuk ke dusun berkenaan.

“Buat masa sekarang pihak kita buat pemantauan di laluan masuk ke dusun tersebut antara lain bagi mengelakkan penduduk kampung mengambil tindakan sendiri sekiranya mereka terjumpa gajah berkenaan.

“Setakat ini, gajah terbabit tidak ditemui, kemungkinan sudah lari masuk ke hutan dalam sana… sekiranya didapati masih ada gajah masih berkeliaran di kawasan penduduk selepas ini, kami akan usaha memindahkan gajah tersebut demi keselamatan orang kampung,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah

Sekianlah artikel Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/seorang-lelaki-maut-selepas-di-percayai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Seorang Lelaki Maut Selepas Di Percayai Di Pijak Seekor Gajah"

Catat Ulasan

Loading...