Loading...
Judul : Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j
link : Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j
Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j
KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka negara, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas empat pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram sebanyak RM9.5 juta.
Muhammad Shafee, 66, yang juga peguam bagi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Muhammad Shafee didakwa menerima wang hasil aktiviti haram masing-masing RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui sekeping cek milik Najib ke dalam akaun CIMB miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB cawangan Bukit Tunku, di sini pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Bagi pertuduhan ketiga dan keempat dia turut didakwa melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti haram dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 membabitkan jumlah sama dengan meninggalkan jumlah pendapatan yang diterima itu.
Pertuduhan ketiga dan keempat tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Duta, Kompleks Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim di sini pada 3 Mac dan 29 Jun 2015.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, Muhammad Shafee berdepan denda sehingga RM5 juta atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam prosiding itu pembelaan diwakili Harvinderjit Singh, Chetan Jethwani, Datuk Hasnal Rezua Merican, Sarah Abisshegan, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.
Sementara pendakwaan diwakili Datuk Seri Gopal Sri Ram, Kamal Baharin Omar, Ahmad Akram Gharib, Af Zaini Zam Abdul Aziz dan Regine Sri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin dengan jumlah jaminan RM500,000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan selain dua pasport milik tertuduh iaitu antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 2 Oktober depan untuk sebutan semula kes. #sumber
Demikianlah Artikel Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j
Sekianlah artikel Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/shafee-mengaku-tak-salah-tuduhan-ubah.html

0 Response to "Shafee Mengaku Tak Salah Tuduhan Ubah Wang Haram RM9.5j"
Catat Ulasan