Loading...
Judul : Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO !
link : Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO !
Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO !
KUANTAN - Tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar dari Umno semalam amat mengejutkan dan menyinggung ahli parti.
Ketua Wanita UMNO Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, beliau sendiri terkejut dengan keputusan pemimpin itu.
Menurutnya, beliau sendiri seperti ahli parti yang lain juga sedih dan tersinggung dengan tindakan Ahli Parlimen Jeli itu.
“Sebagai Ahli Majlis Tertinggi, beliau (Mustapa) mengambil tindakan yang saya kira dibuat tanpa memikirkan natijah kepada ahli parti secara keseluruhannya.
“Saya menyeru agar kepimpinan tertinggi UMNO hari ini memandang serius tentang tindakan keluar parti di kalangan pucuk pimpinan dan ahli-ahli Parlimen UMNO,” katanya.
Shahaniza berkata, tindakan sewajarnya perlu diambil demi memulihkan imej parti.
“Janganlah kesetiaan kami di akar umbi ini dipandang remeh. Jangan beri pelbagai alasan mudah untuk meninggalkan perjuangan yang telah sekian lama menjadi wadah dan matlamat kita.
“Saya yakin UMNO akan kembali kuat sekiranya kita semua terus bersatu, beristiqamah dan fokus untuk memenangi hati dan jiwa rakyat,”katanya.#sumber
Demikianlah Artikel Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO !
Sekianlah artikel Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/shahaniza-tindakan-tok-pa-singgung.html

0 Response to "Shahaniza: Tindakan Tok Pa Singgung Perasaan Ahli UMNO !"
Catat Ulasan