Loading...
Judul : Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta
link : Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta
Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta
PETALING JAYA - Sultanah Terengganu, Sultan Nur Zahirah telah menghantar surat tuntutan kepada pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Recastle-Brown dan dua pihak lagi, untuk menuntut permohonan maaf bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku 'The Sarawak Report:The Inside Story of the 1MDB Expose'.
Peguam Datuk Mohd. Haaziq Abdullah yang mewakili Sultanah Terengganu berkata, surat tuntutan itu telah diserahkan kepada Recastle-Brown, penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd. pada Khamis dan mereka diberi masa lapan hari mulai 27 September untuk membuat penarikan balik secara bertulis yang jelas dan permohonan maaf bertulis dalam terma yang dipersetujui oleh peguam baginda.
Beliau berkata, Recastle-Brown perlu membuat akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan itu dan syarikat terbabit juga dikehendaki menarik balik buku berkenaan yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap baginda, daripada penjualan dan pengedaran.
"Tindakan undang-undang ini tidak ada kaitan dengan buku Recastle-Brown tentang 1MDB. Kami hanya memberi perhatian kepada muka surat tiga buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.
Peguam itu menegaskan surat tuntutan itu dihantar kepada ketiga-tiga pihak berkenaan bagi melindungi integriti dan kepentingan baginda serta memelihara nama baik Institusi Diraja Terengganu," katanya.
Beliau berkata, kenyataan itu dianggap fitnah oleh sebab Baginda tidak pernah campurtangan dalam hal ehwal kerajaan.
"Baginda sultanah tidak pernah terlibat dalam penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) serta dana kekayaan berdaulat dan baginda tidak pernah menyokong Jho Low untuk mendapatkan nasihat dalam TIA," katanya.
Beliau berkata, Sultanah Nur Zahirah tidak mengenali Jho Low dan pengetahuan Baginda tentang lelaki itu diperoleh berdasarkan laporan media.
Mohd. Haaziq berkata, dakwaan daripada kenyataan Recastle-Brown itu membawa maksud atau difahami sebagai Sultanah Terengganu terlibat dalam amalan rasuah dan mempunyai kaitan serta hubungan rapat dengan orang yang perilakunya boleh dipersoalkan iaitu Jho Low.
Beliau seterusnya berkata, kenyataan itu tidak dapat dimaafkan, tidak berasas dan mempunyai aspek penghinaan yang menyebabkan kesusahan, malu dan mencalarkan reputasi Sultanah Nur Zahirah.
Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu dibuat oleh Pengelola Bijaya Diraja Istana Terengganu Datuk, Mohd. Azmi Mohamad Daham pada 14 September. #sumber
Demikianlah Artikel Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta
Sekianlah artikel Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/sultanah-nur-zahirah-tuntut-mohon-maaf.html

0 Response to "Sultanah Nur Zahirah Tuntut Mohon Maaf, Ganti Rugi RM100 Juta"
Catat Ulasan