Loading...
Judul : Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah
link : Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah
Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah
TEMERLOH: Majlis Sambutan Ulang Tahun ketiga AMANAH hari ini dikejutkan dengan kehadiran bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beliau merupakan bekas Menteri Dalam Negeri dan pernah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri.
Syed Hamid mengumumkan keluar daripada UMNO pada 29 Jun lalu.
Turut hadir dalam program berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh pagi ini ialah Ketua UMNO Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabsyee.
Beliau sebelum ini diketahui penyokong kuat Najib Razak tetapi kemudiannya menganggap kekalahan UMNO-BN pada PRU-14 lalu kerana semua ahli parti itu membuta-tuli menyokong bekas Perdana Menteri berkenaan dalam isu 1MDB.
Sementara itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengalu-alukan kehadiran Syed Hamid dan berharap pemimpin veteran tersebut dapat berkongsikan pengalaman mentadbir kerajaan.
“Berilah nasihat kepada kami untuk mengurus kemenangan.
“Nak mengurus parti pembangkang, mudah. Nak mengurus kemenangan ini perkara baru.
“Nak berucap sebagai pemimpin pembangkang lebih senang. Tapi sekarang menjadi kesukaran untuk kita bercakap sehingga ‘dan’, koma pun dinilai,” kata Mohamad yang juga Menteri Pertahanan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan tanggungjawab besar AMANAH dan Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada masa ini.
“Menjaga amanah rakyat adalah tanggungjawab berat untuk dipikul,” tegasnya lagi di hadapan kira-kira 2000 ahli dan penyokong AMANAH yang hadir pada sambutan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah
Sekianlah artikel Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/syed-hamid-albar-syed-ali-hadir-ke.html
0 Response to "Syed Hamid Albar, Syed Ali Hadir Ke Majlis Sambutan Amanah"
Catat Ulasan