Loading...
Judul : Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor
link : Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor
Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor
SHAH ALAM: Golongan yang terbelenggu dengan gaya hidup songsang seperti lesbian, gay, mak nyah dan pelacur merupakan antara penerima bantuan zakat Al-Riqab di Selangor, kata Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.
Beliau berkata Fatwa Jenis Penerima Asnaf Al Riqab Negeri Selangor itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 14 Mei 2012, atas dasar kebajikan dan kasih sayang dalam Islam supaya golongan ini tidak terpinggir serta merasa seolah-olah didiskriminasi.
Di dalam fatwa tersebut telah dinyatakan senarai jenis penerima agihan asnaf Al Riqab yang layak menerima bantuan zakat berkenaan melalui perantaraan mana-mana institusi, pusat, NGO (badan bukan kerajaan) lslam dan individu perseorangan, yang dibenarkan oleh undang-undang dan hukum syara’.
“Pihak-pihak ini berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna secara lslam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut kenyataan itu, antara golongan yang turut tersenarai sebagai penerima asnaf Al Riqab adalah homoseksual, gigolo, biseksual, pengkid, tomboy dan mereka yang bersedudukan dengan orang bukan Islam. #sumber
Demikianlah Artikel Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor
Sekianlah artikel Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/tamyes-lgbt-penerima-bantuan-zakat-al.html
0 Response to "Tamyes: LGBT Penerima Bantuan Zakat 'Al-Riqab' Di Selangor"
Catat Ulasan