Loading...
Judul : Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019
link : Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019
Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019
SEPANG - Penumpang penerbangan boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan mungkin juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), mulai suku kedua tahun depan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata kelonggaran itu berikutan pemasangan mesin pengimbas x-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Jadi tiada lagi ‘raba-raba’ menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamatan lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tubuh penumpang," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk pelepasan kru di klia2, di lapangan terbang itu di sini hari ini.
Loke berkata kebanyakan orang tidak berasa selesa apabila pemeriksaan dilakukan ke atas tubuh mereka, bagaimanapun, prosedur itu merupakan protokol keselamatan.
"Walaupun seorang menteri, apabila saya melalui mana-mana pintu masuk di sini (di lapangan terbang), saya juga perlu melalui pemeriksaan tubuh. Jadi, akan ada mesin dan kemudahan baharu yang ditempatkan untuk menambah baik perkhidmatan di lapangan terbang,” katanya lagi.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB Raja Azmi Raja Nazuddin berkata mesin pengimbas x-ray penumpang yang baharu itu disasarkan untuk dipasang pada suku kedua tahun depan. #sumber
Demikianlah Artikel Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019
Sekianlah artikel Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/tiada-lagi-pemeriksaan-tubuh-di-klia.html

0 Response to "Tiada Lagi Pemeriksaan Tubuh Di KLIA Pada Suku Kedua 2019"
Catat Ulasan