Loading...
Judul : Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara
link : Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara
Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara
BENTONG – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini, memberi perkenan jika resepi rendang betawi daripada buku masakan yang dihasilkan baginda, ‘Air Tangan Tengku Puan Pahang’, hendak dikomersialkan Jabatan Penjara Malaysia.
Baginda bertitah pes rendang itu boleh dipelbagaikan sama ada dalam masakan Melayu atau barat seperti pasta, piza, burger dan stew.
"Pes ini boleh dijual kalau (jabatan) penjara hendak kerana daripada satu resepi, kita boleh buat pelbagai jenis masakan.
"Saya cadangkan untuk bawa chef untuk memasak resepi ini bersama banduan di penjara supaya mereka boleh mendapat idea masakan yang sesuai.
"Hasil jualan boleh diberikan kepada banduan yang terlibat seperti yang dilakukan dalam produk kain tenun Pahang di penjara," titah baginda selepas merasmikan Program One Touch Wanita, Masakan Kasih Sayang dan Perniagaan di Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong di sini, hari ini.
Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Bentong, Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (Persiap) Bentong dan Resort World Genting itu bertujuan memberi pendedahan makanan sihat, pengurusan majlis formal dan penjanaan pendapatan menerusi industri masakan.
Pada program itu, seramai 150 peserta berpeluang melihat demonstrasi 10 jenis masakan barat berasaskan pes rendang Pahang oleh Chef Eksekutif Resort World Genting Malaysia Berhad Alex Vitalise.
Sementara itu, Vitalise mengakui teruja apabila 10 jenis hidangan makanan yang dihasilkan berasaskan pes rendang itu berjaya menambat hati Tunku Azizah yang sememangnya terkenal dengan kemahiran dan minat mendalam terhadap bidang masakan.
Katanya, pes rendang itu diberikan sedikit modifikasi supaya bersesuaian dengan kehendak antarabangsa.
"Saya berasa sangat bangga apabila diberikan maklum balas positif daripada Tengku Puan Pahang," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara
Sekianlah artikel Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/tunku-azizah-beribperkenan-rendang.html
0 Response to "Tunku Azizah BeribPerkenan Rendang Untuk Jabatan Penjara"
Catat Ulasan