Loading...
Judul : UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson
link : UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson
UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson
KUALA LUMPUR - Pendirian UMNO sama ada untuk meletakkan calon atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson akan diputuskan selepas mesyuarat biro politiknya pada 24 September depan, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
“Pihak UMNO belum ada apa-apa keputusan atau pendirian sama ada UMNO akan meletakkan calon atau tidak bagi PRK berkenaan, sehingga biro politik UMNO bermesyuarat pada 24 September ini.
“Adalah dijangkakan Barisan Nasional (BN) juga akan mengadakan mesyuarat selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata pendirian rasmi UMNO hanya akan dikeluarkan oleh ibu pejabat parti atau presiden pada masa yang difikirkan sesuai.
Justeru, katanya sebarang kenyataan atau pendapat yang diutarakan oleh mana-mana pemimpin atau anggota parti itu berkaitan PRK berkenaan dianggap sebagai pendapat peribadi masing-masing. #sumber
Demikianlah Artikel UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson
Sekianlah artikel UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/umno-belum-ada-kata-putus-letak-calon.html
0 Response to "UMNO Belum Ada Kata Putus Letak Calon Di PRK Port Dickson"
Catat Ulasan