Loading...
Judul : Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur
link : Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur
Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi bersesuaian untuk pelaksanaan projek berkenaan.
"Sebelum ini kita sudah berjaya melaksanakan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang dengan meluluskan pembinaan kira-kira 15,000 unit di seluruh negeri.
"Bagaimanapun kita dapati ramai yang tidak mampu membeli kediaman PR1MA kerana ia ditawarkan pada harga RM150,000 sedangkan permintaan terhadap rumah mampu milik ini sangat tinggi.
"Jadi, kita perkenalkan projek Rumah Makmur yang ditawarkan pada harga RM80,000 bagi mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan," katanya kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja Menteri Besar ke Daerah Rompin dan pelancaran portal aduan rakyat, aduan.wanrosdy.com di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Safian Ismail dan Anggota Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Ariffin.
Menurut Wan Rosdy pada masa kini, kerajaan negeri sudah membina 563 unit Rumah Makmur di Kampung Tiram; berhampiran Indera Mahkota, Bandar Tun Razak, Jengka (189 unit); Kuala Lanar, Lipis (290 unit) dan 200 unit di Keratong, Rompin.
Sementara itu, beliau berkata sejak portal aduan.wanrosdy.com dilancarkan dua minggu lalu, kerajaan negeri telah menerima sebanyak 160 aduan, bagaimanapun hanya empat daripada aduan tersebut mendapat maklum balas daripada jabatan dan agensi kerajaan berkaitan.
"Sehubungan itu setiap jabatan dan agensi terlibat diingatkan agar dapat mengambil serius tentang aduan yang diterima supaya kita dapat wujudkan satu kaedah penyelesaian aduan yang terbaik untuk rakyat," katanya.
Beliau menambah, kewujudan portal aduan secara langsung dapat menjamin kebenaran aduan berbanding luahan serta aduan yang diterima di media sosial seperti Facebook.
Katanya semua pengadu perlu mengikuti langkah yang ditetapkan seperti mengisi nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bersama aduan yang ingin disampaikan. #sumber
Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur
Sekianlah artikel Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/09/wan-rosdy-kerajaan-pahang-sasar-bina.html
0 Response to "Wan Rosdy: Kerajaan Pahang Sasar Bina 4,000 Rumah Makmur"
Catat Ulasan