Loading...

Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !

Loading...
Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !
link : Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !

Baca juga


Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !


SHAH ALAM - Adik kepada Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Noor Adam ditahan reman empat hari di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan bermula hari ini.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut tetapi enggan mengulas lanjut bersabit perbuatan yang dilakukan adik Lokman.

"Benar kita menahannya pagi ini, dia direman empat hari bermula hari ini dan polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya.

Terdahulu berita mengenai penahanan itu dikongsi Lokman Noor di dalam laman sosial Instagram miliknya yang mendedahkan adiknya ditahan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, kira-kira pukul 3 pagi dirumahnya di Bukit Subang di sini.

"Adik saya direman empat hari di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan di IPD Shah Alam. Sebelum pilihan raya, Akta Hasutan mahu dihapuskan, kini ia menjadi senjata utama mereka, tidak cukup saya, adik saya pula jadi mangsa," kata Lokman dipetik menerusi Instagramnya.

Lokman Noor mendakwa adiknya ditahan kerana telah menularkan status bergambar milik individu lain yang didakwa mengandungi gambar menghina Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman sosial Facebook. 

"Saya bersetuju adik saya tidak sepatutnya mengongsikan 'posting' kenalan Facebook beliau yang mengandungi gambar seorang budak menghalakan punggung ke arah wajah Mahathir yang muncul di kaca televisyen.

"Saya mengutuk tindakan individu itu (kenalan adiknya) sama seperti saya mengutuk penyokong Bersih melakukan perkara sama terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dahulu.

"Sungguhpun begitu, tidak pula kita dengar penyokong Bersih tersebut ditahan pada pukul 3 pagi dibawah Akta Hasutan, kenapa ya?" Soalnya.

Pada masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa hairan apabila dua laporan polis yang dibuat di balai sama berkenaan penghinaan dua pemimpin Pakatan Harapan iaitu Datuk Abdul Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sehingga kini tiada sebarang pendakwaan. #sumber


Demikianlah Artikel Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !

Sekianlah artikel Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/adik-lelaki-lokman-noor-adam-di-tahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Adik Lelaki Lokman Noor Adam Di Tahan Bawah Akta Hasutan !"

Catat Ulasan

Loading...