Loading...
Judul : Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung
link : Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung
Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung
TAIPING - Seorang anggota polis berpangkat koperal cedera pada bahagian muka dan kepala selepas payung terjun yang dikendalinya sewaktu menyertai latihan tersasar sebelum terjatuh di atas bumbung sebuah rumah di Kampung Asam Kumbang di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.03 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Jelasnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang berusia 33 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sedang menjalani latihan bermula dari Tekah dekat sini dan sedang terbang pada ketinggian 914 meter dengan menaiki pesawat ringan.
"Sewaktu mengendalikan payung terjun pada ketinggian 304 meter, mangsa dipercayai telah pengsan sebelum payung terjun itu hilang kawalan.
"Insiden tersebut menyebabkan payung terjun itu terbabas dan tersasar ke atas bumbung rumah di Kampung Asam Kumbang," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. #sumber
Demikianlah Artikel Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung
Sekianlah artikel Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/anggota-polis-cedera-payung-terjun.html
0 Response to "Anggota Polis Cedera Payung Terjun Tersasar Ke Atas Bumbung"
Catat Ulasan