Loading...
Judul : Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat !
link : Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat !
Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat !
Beliau berbuat demikian pada pukul 10.04 pagi tadi di hadapan Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.
Ia merupakan aturan urusan mesyuarat pertama bagi sidang hari ini sebelum sesi soal jawab lisan.
Anggota Parlimen yang hadir memberi tepukan apabila namanya dipanggil untuk mengangkat sumpah dan juga ketika acara itu selesai.
Beliau dilihat duduk di kedudukan anggota parlimen senior, iaitu di barisan depan, antara Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Timbalan perdana menteri yang juga isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kegembiraannya dengan kembalinya Anwar ke Dewan Rakyat selepas menurutnya dinafikan hak untuk menjadi anggota parlimen.
"Alhamdulillah, gembira (kerana) sebelum ini dia dinafikan hak untuk bertanding dan kini kembali ke Parlimen selepas mendapat pengampunan atas asas miscarriage of justice(ketidakadilan ketara)," katanya.
Upacara itu diadakan dua hari selepas presiden PKR itu menang dalam PRK Port Dickson dua hari lalu dengan majoriti besar dengan memperoleh 31,016 undi mengatasi pencabar terdekatnya Mohd Nazari Mokhtar dari PAS (7,456 undi).
Anwar yang sebelum ini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dalam kesalahan liwat kembali layak untuk menjadi anggota parlimen selepas mendapat pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu. #sumber
Demikianlah Artikel Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat !
Sekianlah artikel Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2018/10/anwar-ibrahim-angkat-sumpah-sebagai.html
0 Response to "Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sebagai Ahli Dewan Rakyat !"
Catat Ulasan